Minggu, 24 Oktober 2010

tragedi tanah runtuh di ulu yama


Ulu Yam adalah kawasan bersebelahan kawasan tempat tinggal saya. Terus terkenang tragedi runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 mangsa.
Kejadian yang berlaku pada 5.30 pagi itu mengorbankan Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, yang tidur dalam bilik mereka, manakala ibu bapa serta tiga adik beradik yang lain tidur di ruang tamu dapat menyelamatkan diri.
Al-fatihah untuk kedua-dua mereka dan tahziah untuk keluarga mangsa. Semoga lebih tabah dan bersabar atas dugaan ini.
Saya ingin berkongsi info yang saya dapat dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengenai tanah runtuh untuk panduan dan perhatian kita bersama.
KAWASAN BERISIKO
  • Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh.
  • Cerun atau saliran air.
  • Potongan atau tambakan.
  • Lereng bukit yang sedang dibangunkan.
SEBELUM KEJADIAN
Tanda – Tanda Tanah Runtuh
  • Pancuran atau resapan di kawasan tanah.
  • Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
  • Tanah berganjak.
  • Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
  • Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
  • Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
  • Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
  • Jajaran barisan pagar berubah.
  • Jalan mendap
  • Pintu atau tingkap sukar ditutup.
Persediaan
  • Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh.
  • Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.
  • Bina tembok penahan atau buat saliran air
SEMASA KEJADIAN
  • Hubungi segera pihak berkuasa.
  • Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
  • Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.
Di dalam rumah
  • Duduk diam di dalam bangunan.
  • Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.
Di luar rumah
  • Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.
  • Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.
  • Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok.
  • Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.
SELEPAS KEJADIAN
  • Jauhi kawasan runtuhan.
  • Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
  • Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya.
  • Dengar pengumuman radio.
  • Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.
  • Periksa tapak rumah dan tanah dipersekitaran anda.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.
  • Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.

  • Blog ini adalah catatan sebuah kisah hidup yang mungkin terlalu panjang untuk diucap terlalu dalam untuk dikupas terlalu rumit untuk diingat dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti...

    Tidak ada komentar:

    Posting Komentar