Minggu, 24 Oktober 2010

TANAH GAMBUT

PENGENALAN
Tanah terhasil daripada beberapa proses asas iaitu tindakan cuaca pada batuan induk, aktiviti bahan organik dan pergerakan bahan dalam profil tanah. Pembentukan tanah melibatkan kompenen, tekstur yang berbeza, stuktur, kandungan kimia dan warna. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan tanah iaitu iklim, keadaan semulajadi batuan induk, tindakan mikroorganisme, tindakan topografi, masa dan tindakan manusia.
Rajah I menunujukan profil tanah mengikuti pengelasannya profil tanah di bagian  A,B,C dan O.O menunjukan tanah yg belum matang mana kala A,B mewakili se benar atau horizon C adalah sub tanah  
zon fragment batuan. Lapisan A adalah lapisan teratas yang memberi kesan kepada air hujan dan pencairan salji dan segala tindak balas kimia. Di lapisan ini juga berlakunya aktiviti bakteria dan tindakan balas kimia menukar bentuk organisma kepada humus. Selain itu, dibawah pemukaannya terdapat akumulasi daun- daun kering yang bercampur dan bahan organik. Tanah gambut berada di lapisan A yang mana terdiri daripada bahan-bahan organik yang mati dan mengalami proses separuh pereputan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar